kawan-kawang

Click click click this to support me ;)

Saturday, August 27, 2011

[STORY APA KEHALNYA] Kisah Duit 20 sen, Rm 1dan Rm50


Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan syiling 20 sen dan bertanya: " Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?" RM50 menjawab, "

Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian


Idol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" RM1 menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat


sama.. surau, masjid, surau... " Syiling 20 sen menyampuk.. kira ok lagi tu.. aku ni..balik balik tandas awam.. tandas awam ..tandas awam..


Sunday, August 21, 2011

[STORY APA KEHALNYA] Lawak DJ bersama pendengar di bulan puasa

perbualan antara DJ dan pemanggil A :


DJ : slmt tgh hari. siapa disana?

A   : sy A..dr kg pisang.. blh sy buat permintaan?

DJ  : boleh, A nk buat permintaan lagu apa?

A    : sy bkn nk buat permintaan lagu.

DJ   :klu bkn lagu ape permintaan A?

A     : BOLEH TAK TOLONG PASANGKAN AZAN, SY DA LAPAR NI..
DJ    : erk

Friday, August 19, 2011

Kisah SI kura2 yg tak sedar diri...

Suatu hari, seekor kura-kura memanjat sebuah pokok yang tinggi..

dia memanjatnya dengan perlahan-lahan dan hati-hati supaya tidak jatuh..
Dengan susah payah akhirnya dia sampai ke puncak pokok.. Lalu dia terjun dari atas pohon tersebut sambil mengepak-ngepakkan kakinya..
Tapi dia gagal dan jatuh terhempas atas tanah dengan kuat..
Kemudian kura-kura tersebut bangun lagi dan memanjat lagi, terjun lagi, mengepak lagi dan jatuh terhempas lagi.. begitulah berlaku beberapa kali..

Sepasang burung yang berada di atas pokok dari tadi hanya melihat kelakuan kura-kura tadi dengan rasa hiba…


Kemudian burung betina pun mula berkata kepada burung jantan.
“Bang, sudah sampai masanya kita katakan kepadanya bahawa dia sebenarnya anak angkat..”






Kredit pd blog isuhangat.net

Friday, August 12, 2011

[STORY] Cermin Mata Telanjang

Suatu hari Haikal pergi ke kedai kacamata dan dia tertarik pada satucermin mata yang menurut penjualnya boleh melihat menembusi pakaian…

Ketika dia mengenakan kaca mata tersebut, semua orang yang dilihatnya nampak telanjang.
Haikal membuka semula cermin matanya, mereka kelihatan berpakaian lengkap.
Dipakainya lagi, semuanya nampak telanjang!

“Hebat!” teriak Haikal kegirangan lalu membelinya..

Sambil tersenyum meleret, dia memakai cermin mata itu hingga sampai ke rumahnya.
Dia ingin menunjukkan kacamata itu kepada Suzi,isterinya, akan tetapi isterinya itu tidak berada di ruang tamu.

Haikal kemudian terus ke bilik tidur dan melalui kacamatanya dia melihatisterinya sedang telanjang bulat bersama tukang kebunnya. Haikal lalumembuka kacamatanya, tapi isteri dan tukang kebunnya itu masihtelanjang. Dipakainya kembali kacamata itu.. eh… keduanya masih jugatelanjang. Sambil marah-marah haikal berkata,

“****!!! Cermin mata mahal begini tak sampai sehari sudah rosak !!!”

Sunday, August 7, 2011

Tentang Ikan

TENTANG IKAN (1)

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling sedih?
Jawapan: Ikan Haruan... pasal dia sentiasa terharu.

TENTANG IKAN (2)

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa suka tipu org?
Jawapan: Ikan goreng... kalau dah kena goreng, kekadang sampai hangit.

TENTANG IKAN (3)

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa tak tahu malu?
Jawapan: Ikan Sardin... sebab buat muka sardin je memanjang.

TENTANG IKAN (4)

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling miskin?
Jawapan: Ikan Kering... sebab poket selalu kering .

TENTANG IKAN (5)

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling havoc?
Jawapan: Pati Ikan haruan Polleney... pasal dia asik pegi pati (Party).

TENTANG IKAN (6)

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan sambut Thaipusam?
Jawapan: Ikan paus (whale). Whale whale... whale whale... whale...whale... Hahahahaha