Apabila terpisah daripada travel groupnya di sebuah gurun..seorang pelancong merayau -rayau mencari air untuk menghilangkan dahaganya..kebetulan seorang nomad lalu dihadapannya dan terus pelancong tadi merayu supaya diberikan sedikit air..
"Sorry" kata nomad itu.."saya tak bawak bekalan air, tetapi saya ada bawak pelbagai tali leher untuk dijual..Nak beli???"
"Cheh.. Gila ke ko ni.."Jawab pelancong itu tadi. "Aku dah sangap nak minum air ni..bukan nak beli tali leher..." Rungutnya..
Pelancong itu terus berjalan lagi sambil membebel dan tiba-tiba dia ternampak seorang lagi nomad sedang berjalan di situ..
"Tolonglah..Boleh tak ko bagi aku air sikit"Rayu pelancong itu kepada nomad tadi..
Nomad itu menjawab.."Saya memang tak bawak air..tapi saya bawak bermacam-macam jenis dan colour tali leher untuk dijual.."
"Huh..sorang lagi gila..sape yang nak beli tali leher kat tengah padang pasir ni..???" Bebel pelancong itu tanda tak puas hati..
Setelah dia berjalan dan hampir-hampir nak pengsan akibat kehausan..tiba tiba dia ternampak sebuah hotel yang indah sayup-sayup di depan..Lalu dengan menggunakan sisa-sisa tenaga yg ada , dia merangkak menuju ke pintu masuk hotel tersebut..
Sampai je dia kat sana , dia berjumpa dengan penjaga pintu hotel itu dan merayu " Tolonglah bagi aku masuk dan minum air...aku dah nak mati ni..."
Dengan selamba penjaga pintu hotel itu menjawab.."Sorry lah encik..nak masuk dalam hotel ni kena pakai tali leher..."
So, moral of the story..Jangan lupa bawak tali leher bila nak keluar kemana-mana
hahaha..sian dia tak amek tali leher tuh kan.. mati khausan la dia kan..hukhuk
ReplyDeletehaha. kesian dia :D
ReplyDelete