kawan-kawang

Click click click this to support me ;)

Sunday, March 6, 2011

Mourinho terselamat dari cubaan bunuh !!!


Tikaman hanya kena pengawal jurulatih

MADRID: Seorang peminat cuba menikam jurulatih Real Madrid, Jose  Mourinho di sebuah lapangan terbang Sepanyol tetapi sebaliknya tindakan itu mencederakan pengawal peribadinya.

Serangan di lapangan terbang La Coruna yang terletak di barat laut Sepanyol itu berlaku ketika Mourinho menandatangani autograf, Jumaat lalu, lapor rangkaian radio Sepanyol, Cadena Ser.


Pengawal peribadinya itu hanya menyedari luka empat sentimeter dekat ketiak akibat tikaman itu apabila dia menaiki bas.


Penyerang itu menyasarkan jurulatih dari Portugis itu, lapor akhbar El Mundo. Pengurusan kanan Real Madrid menganggap kejadian itu cubaan membunuh Mourinho.


Berikutan itu, Real Madrid membuat keputusan untuk meningkatkan kawalan keselamatan terhadap bekas pengurus Chelsea itu, kata radio Cadena Ser.


Pihak berkuasa meneliti rakaman CCTV untuk mengenal pasti penyerang dan Real Madrid turut menimbang untuk menggunakan bas ke stadium lawan supaya jurulatih dan pemainnya tidak lagi perlu lalu di ruang rehat lapangan terbang.

Media melaporkan, rakaman CCTV merekodkan kejadian dan penyerang dikatakan seorang lelaki yang  tinggi lampai.

Ketika bertugas di Inter Milan, pihak berkuasa Itali mendedahkan satu komplot untuk menculik Mourinho selepas menahan empat orang yang mempunyai gambar pengurus itu dan keluarganya keluar dari kediaman mereka di Como, Itali.


Pada 2004, Mourinho mendedahkan ketakutannya selama beberapa minggu selepas menerima ancaman bunuh sebelum pasukannya bertanding dalam perlawanan akhid Juara Juara.


Jurulatih terkenal itu yang menggelar dirinya ‘The Special One’ mengakui mengupah sebuah agensi keselamatan bagi melindungi beliau dan keluarganya. – Agensi
 



Sudut Apa kehalnya : Macam2 hal la peminat ni. Kalo minat ngan dia asal sampai nak bunuh2 lak. mesti jenis yg pscho2 niii.. Elok gi antar wad org gila laaa org tu. Jadi org popular dan kaya pun susah jugak kan. Bek jadi org biasa2 jer senang.hahahah. Apa2 pun good luck utk uncle Mourinho utk minggu depan nyer game champion league. Lawan Lyon takkan takleh bantai kottt....Kata Real Madrid ni team star2 sumer..hehe

Saturday, March 5, 2011

Aku dapat BE ???

Salam and selamat pagi.Jam menunjukkan pukul 6.31 pagi and aku tak tido2 lagi dari tadi.Mata dah sgt ngantuk ni..pasni nak gi solat subuh dulu sblum tdo..Apa yang aku nak kongsi ari ni ialah pasal BE aku..aku tak tau la benda ni BE ker tak (aku baru jer ngan nuffnang ni ). Aku sebenarnya dah mcm putus harapan ngn nuffnang pasal aku dari ari tu tunggu earning aku naik dari 0.00 sen. Tiap2 ari bukak gi cek tak jugak naik2..aku pun pelik pasal member aku daftar seminggu jer dah ada earning aku yg sebulan ni daftar takder paper pun.. sedih kan citer aku ni.. Aku pun dah pernah hantar tiket kat nuffnang tanya pasal benda ni (tiket tu mcm soalan la). Mcm2 diorang jawab naper aku tak dapat2.. Tapi aku tak puas hati jugak...hantar,hantar and hantar.... Alkisah pagi ni aku cek lagi kot2 ada tiba2 naik kerrr earning aku ni walopun aku taw yg diorang update hari isnin biasanya.. Tapi nak dijadikan ceritanya tiba2 aku nampak perkataan BUFFERED EARNING kat aku nyer earning.. Btol ker apa aku nampak ni ker aku lalok ?? hahah, aku refresh byk2 kali jugakkkkk...mmg ada pun.Tapi aku nyer agak pelik jugak la aku nyer status nuffnang ni..per tgk ni
Pelik tak aku nyer nuffnang ni..Campaign aku 0.00 sen and tak pernah dapat apa2 pun tapi arini dapat 3 BE sekali gus...Apa pendapat korang ??? Tapi kalo btol pun benda ni BE yg tersesat ker or yg mmg aku punyer aku tetap bersyukur la dapat benda ni. tapi aku tetap pelik bukan ker BE tu campaign yg mmg lekat and wajib kuar kat blog kita tp aku punya iklan BE ni mcm tiba2 jer dia leh takder pastu nanti bila2 dia ada balik. Aku baru jer ngan nuffnang ni sapa2 otai blogger mintk tlng bagi saya tunjuk ajar....