kawan-kawang

Click click click this to support me ;)

Sunday, March 6, 2011

Mourinho terselamat dari cubaan bunuh !!!


Tikaman hanya kena pengawal jurulatih

MADRID: Seorang peminat cuba menikam jurulatih Real Madrid, Jose  Mourinho di sebuah lapangan terbang Sepanyol tetapi sebaliknya tindakan itu mencederakan pengawal peribadinya.

Serangan di lapangan terbang La Coruna yang terletak di barat laut Sepanyol itu berlaku ketika Mourinho menandatangani autograf, Jumaat lalu, lapor rangkaian radio Sepanyol, Cadena Ser.


Pengawal peribadinya itu hanya menyedari luka empat sentimeter dekat ketiak akibat tikaman itu apabila dia menaiki bas.


Penyerang itu menyasarkan jurulatih dari Portugis itu, lapor akhbar El Mundo. Pengurusan kanan Real Madrid menganggap kejadian itu cubaan membunuh Mourinho.


Berikutan itu, Real Madrid membuat keputusan untuk meningkatkan kawalan keselamatan terhadap bekas pengurus Chelsea itu, kata radio Cadena Ser.


Pihak berkuasa meneliti rakaman CCTV untuk mengenal pasti penyerang dan Real Madrid turut menimbang untuk menggunakan bas ke stadium lawan supaya jurulatih dan pemainnya tidak lagi perlu lalu di ruang rehat lapangan terbang.

Media melaporkan, rakaman CCTV merekodkan kejadian dan penyerang dikatakan seorang lelaki yang  tinggi lampai.

Ketika bertugas di Inter Milan, pihak berkuasa Itali mendedahkan satu komplot untuk menculik Mourinho selepas menahan empat orang yang mempunyai gambar pengurus itu dan keluarganya keluar dari kediaman mereka di Como, Itali.


Pada 2004, Mourinho mendedahkan ketakutannya selama beberapa minggu selepas menerima ancaman bunuh sebelum pasukannya bertanding dalam perlawanan akhid Juara Juara.


Jurulatih terkenal itu yang menggelar dirinya ‘The Special One’ mengakui mengupah sebuah agensi keselamatan bagi melindungi beliau dan keluarganya. – Agensi
 



Sudut Apa kehalnya : Macam2 hal la peminat ni. Kalo minat ngan dia asal sampai nak bunuh2 lak. mesti jenis yg pscho2 niii.. Elok gi antar wad org gila laaa org tu. Jadi org popular dan kaya pun susah jugak kan. Bek jadi org biasa2 jer senang.hahahah. Apa2 pun good luck utk uncle Mourinho utk minggu depan nyer game champion league. Lawan Lyon takkan takleh bantai kottt....Kata Real Madrid ni team star2 sumer..hehe

1 comment: