kawan-kawang

Click click click this to support me ;)

Wednesday, March 16, 2011

Ahli Bina badan suatu masa dahulu tapi kini Pondan paling popular


SOUTHAMPTON, Britain - Seorang bekas ahli bina badan lelaki, Chrisie Edkins kini bergelar model glamor selepas dia menukar identitinya menjadi seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.EEdkins 31, ditawarkan banyak kontrak peragaan yang menyaksikannya beraksi sebagai model wanita malah dia juga menceburi bidang nyanyian.

Lelaki tersebut yang memiliki seorang anak perempuan berusia sembilan tahun, Chloe, hidup sebagai seorang wanita selama bertahun-tahun sebelum dia tampil secara terbuka dengan identiti barunya itu pada tahun 2003.


"Saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai penjaga dan anak saya memahami kehidupan baru saya," katanya.


Edkins yang dahulunya dikenali dengan nama lelaki, Chris pernah bekerja sebagai seorang mekanik dan juruelektrik dengan tujuan untuk membuktikan kepada dirinya bahawa dia ialah seorang lelaki 'sejati'.


Namun, dia kemudian memutuskan untuk akur kepada naluri kewanitaan yang kuat dalam dirinya.

                                                                                                                                                                                                                                                   
Edkins kemudian menjalani terapi hormon dan pelbagai rawatan kosmetik termasuk rawatan membesarkan payu dara untuk tampil sebagai seorang wanita yang cantik.




Sudut Apa kehalnya : Apa la yang difikirkan oleh diorang-diorang ni.. Tak bangga ker dapat badan ketak2 lagi sasa. Ingat senang ker nak dapat benda2 tu sumer. Kalo tak jadikan gym tu umah no 2 mmg takkan la dapat badan sasa2 ni..tapi alih2 jadi perempuan. Bdan yg sasa2 ni awek pun senang kan dapat sekali tayang body jer konperm ada awek dtg.. Tu la kelebihan org badan sasa. Tapi kan kalo naluri dalaman tu mmg kepada perempuan itu mmg tak dapat nak nolong laaa.. Apa2 pun benda ni boleh dibentuk dan dikawal kalo kena tempatnya.. Nasib la kat Malaysia ni kurang benda2 cenggini walopun ada jugak sedikit2 golongan yg sanggup tukar2 jantina kat Malaysia ni.. Kalo la benda ni di benarkan mcm kat negara luar, susah la nak taw mana yg ori perempuan ker tak pasal kadang2 ada yg muka cun makeup baik punyer alih2 laki..hakhak..

4 comments:

  1. bersyukurlah dengan apa yang Allah beri.

    ReplyDelete
  2. manusia dah hilang identiti..tak puas dengan apa yg ada..dunia dah nak kiamat agaknya.

    ReplyDelete
  3. kenapa lah masih x bersyukur dgn apa yg dikurniakan oleh ilahi??

    ReplyDelete
  4. kat MAS pun da bsepah2 manusia jenis macam tu..lelaki nak jd pmpn..pmpn nak jadi laki...ntah2 pasni ada manusia nak jd babun, tenuk, seput baby lak...ngek!nak cari jodoh pn ssh skrg ni....haissssssh!

    ReplyDelete