kawan-kawang

Click click click this to support me ;)

Saturday, March 19, 2011

Pengalaman Ngeri Safee Sali di Negara Indonesia


2011/03/19

SALAM semua! Alhamdulillah, kita bertemu lagi buat kali kedua. Saya doakan semua pembaca Berita Harian dan seluruh kepimpinan negara serta rakyat Malaysia berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Saya ingin mengungkapkan rasa sedih dan simpati kepada rakyat Jepun yang dilanda musibah baru-baru ini dan berharap mereka tabah menghadapinya dan bangkit membina kehidupan seperti asal.
Sewaktu kejadian, saya berada di Kerawang yang terletak berhampiran Laut China Selatan di Jawa Tengah dan dimaklumkan pengurus peribadi, Zakaria Rahim mengenai bencana itu. Dia yang turut menginap di Kerawang meminta saya bertenang dan sentiasa mengikuti arahan pengurusan pasukan.
Zakaria juga memberikan maklumat dari semasa ke semasa selain saya mengikuti siaran berita di televisyen. Alhamdulillah, Indonesia terselamat walaupun amaran dikeluarkan kepada kepulauan Sulawesi, Maluku dan Irian untuk berjaga-jaga.

Sabtu lalu saya menempuh pengalaman terbaru yang mengerikan. Bukan kerana kekalahan 1-2 kepada Persib Bandung, tetapi kehadiran penyokongnya yang menguasai stadium di Kerawang sedangkan ia adalah gelanggang Pelita Jaya FC.

Stadium mula dipenuhi seawal jam empat petang walaupun perlawanan akan bermula jam tujuh. Suasana tampak seperti final kerana stadium yang hanya mampu memuatkan 12,000 penonton itu padat dengan penonton, di tempat duduk, di celah-celah tempat duduk dan tangga manakala ribuan penonton yang tidak dapat masuk kerana kehabisan tiket berada di luar stadium tetapi pengurusan kelab memasang layar gergasi untuk mereka.

Di atas padang, seorang pemain Persib terbaring terkena salah satu tembakan mercun di muka yang berpunca daripada penyokong sendiri, membuatkan suasana menjadi tambah kelam-kabut. Selepas 10 minit permainan bermula, saya lihat penyokong mula melimpah di atas trek hingga ke papan iklan penaja di sekeliling stadium.
Kedudukan saya dengan penyokong Persib begitu hampir sehingga jelas terdengar sorakan dan kutukan mereka. Memang saya menjadi sasaran utama. Pelbagai gelaran dan panggilan dilemparkan untuk menjejaskan tumpuan pemain tuan rumah, terutama saya.

Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya tidak dapat bayangkan apa akan berlaku seandainya saya menjaringkan gol dan kami menang. Syukur saya mengikut nasihat Zakaria yang meminta isteri dan anak-anak tidak hadir atas faktor keselamatan. Jika mereka berada di stadium, mungkin fokus saya terhadap perlawanan akan hilang.

Hanya Zakaria, ‘supir’ (pemandu) dan bapa hadir ke stadium. Sampai satu tahap, Zakaria sudah bersiap sedia di tepi padang dengan pelan untuk membawa saya keluar dari stadium sekiranya perkara buruk berlaku tetapi Alhamdulillah, tiada insiden buruk berkat kawalan keselamatan Polri dan ABRI.

Selesai perlawanan, kami diberikan kawalan ketat untuk keluar dari stadium. Saya dijemput Zakaria di hotel penginapan pasukan di Kerawang dengan kereta sendiri bersama dua pemain Australia dan terus pulang ke kediaman masing-masing tetapi saya kecewa dengan kekalahan itu tetapi bersyukur terselamat daripada sebarang kejadian tidak diingini.

Sekarang saya berada di Samarinda untuk menentang Persisam Samarinda Ahad ini (esok). Perjalanan memakan masa dua jam degan pesawat dari Jakarta dan tiga jam dari lapangan terbang ke hotel di Samarinda. Jurulatih, Miodrag Radovic sudah menyediakan strategi terbaik manakala kesilapan ketika bertemu Persib sudah dikenal pasti.

Ketika perlawanan menentang Persib minggu lalu, saya dikawal ketat dua pertahanan hingga menyukarkan saya untuk bergerak. Inilah risikonya sebagai penyerang dikenali dan lawan tahu corak permainan saya.


Saya amat berharap bantuan Ramirez, Egi, Agdes dan Engel dalam perlawanan Ahad ini untuk memecah benteng lawan. Mungkin kami gunakan formasi 3-5-2. Pemain import dari Mali, Caulibally tidak bersama kerana masih cedera dan ini sedikit sebanyak mencacatkan kekuatan kami.


Tetapi saya yakin, pemain yang menggantikannya mampu menggalas tugas dengan baik. Saya akan berusaha menggalas harapan pengurusan kelab, jurulatih, rakan pasukan serta penyokong saya, sama ada di Malaysia mahupun di Indonesia. Salam rindu dari saya dan keluarga! 



Source : http://www.bharian.com.my/articles/SembangSafeeSali_Pengalamanngeridigelanggangsendiri/Article/

 Sudut Apa kehalnya : Begitulah antara benda2 yg kita terpaksa terima kalo pergi dengan negara org...Kita kena la pandai sesuaikan diri mengikut keadaan kalo nak lama dekat sesuatu tempat tu..Setiap tempat lain adat lain cerita.. Apa2 pun aku respek la sama Safee Sali pasal berani main kat liga luar.. Liga indon ni dgr citer mmg fanatik gila babas kalo bab peminat2. Lebih2 lagi kalo kelab besar2 dekat indon mcm persib bandung. Kalo mcm kat negara kita ni Kelantan la kan yg ada peminat yg ramai dan fanatik. Tapi indon nyer peminat dgr citer lagi la dasyhat sampai boleh hancur stadium sebab peminat tu sendiri..Apa2 pun mari kita doakan Safee selamat dan berjaya di sana serta dia boleh dpt nama sbg pemain terbaik kat sana.. Malaysia Boleh !!! Score byk2 utk game esok yer Safee hehe (mcm la dia leh dgr aku cakap ni)

2 comments: