kawan-kawang

Click click click this to support me ;)

Tuesday, March 22, 2011

Sukar Kawal Kentut: Imej Tiger Wood Tercalar

2011/03/19
FLORIDA: Bekas pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods, mungkin sudah berusaha sedaya upaya  membaiki imejnya yang terjejas tahun lalu selepas kecurangannya  didedahkan media.

Bagaimanapun, masih ada beberapa tabiat bintang sukan berkenaan yang tidak mampu diubah.


Satu  tabiat Woods yang belum dapat diubah ialah dia juga mengalami masalah kentut  tidak terkawal yang diperlihatkan minggu ini.

Woods sedang membuat latihan pukulan pada kejohanan Piala Tavistock apabila kamera stesen televisyen Golf Channel merakam bunyi kentutnya ketika seorang lagi pemain golf terkenal Graeme McDowell bersedia membuat pukulan.Bunyi kentut Woods kedengaran dan rakaman televisyen menunjukkan Woods dan kedinya, Steve Williams, cuba menahan ketawa selepas McDowell membuat pukulan.

Pengulas rangkaian itu merujuk kentut Woods sebagai ‘bunyi bising penonton’ tetapi  kebanyakan peminat sukan golf mengetahui perkara sebenar, tambahan pula kedua-duanya dilihat sedang  ketawa.


Apapun, sejak kembali bertanding, Woods berkata dia mahu merampas semula kedudukan sebagai pemain golf nombor satu dunia.


“Saya   kecewa. Saya seronok  memenangi kejuaraan golf tetapi agak lama tidak mencapai sebarang kejayaan,” katanya.–  Agensi



Sudut Apa kehalnya hoho, sapa kata org popular tak pernah kentut..ni tiger wood ni selamber ajer..haha yg penting dia kaya ker tak kaya ker kentut dia mesti sama jer bau busuk ngan org lain.. Lain la kalo kentut dia pun kuar duit kaya sgt la katakan... Tapi org kentut kuat ni biasa tak busuk punn.. Kalo yg jenis senyap2 tu la biasanya yg SILENT KILLER..haha.

1 comment:

  1. nama pun manusia
    sama saje kaya miskin
    kalau org kaya kentut kuat
    maknanya dia makan makanan yg bagus
    tapi kalau org kaya kentut tak bunyi
    dan berbua plak tuh..
    maknanya dia makan kedekut...
    tak buang air besar.... susah ler tuh.. harharhar

    ReplyDelete