kawan-kawang

Click click click this to support me ;)

Saturday, January 29, 2011

Tiket bus bakal Naik lagi

Penumpang bas kena bayar surcaj tol

GEORGETOWN: Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) bercadang mengenakan surcaj tol kepada penumpang bas yang melalui lebuh raya bertol berikutan langkah kerajaan menarik balik pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus, mulai 15 Januari lalu.

Potongan kadar tol sebanyak 50 peratus itu mula diberikan kepada pengusaha bas sejak 15 September 2008 sebagai usaha membantu mereka yang terjejas berikutan peningkatan bahan api di pasaran ketika itu.

Insentif itu juga bagi mengelakkan pengusaha bas menaikkan kadar tambang sehingga menjejaskan pengguna pengangkutan awam itu, terutama bagi perjalanan jarak jauh yang kadar tolnya agak tinggi.
Presiden PMBOA, Datuk Ashfar Ali, berkata surcaj tol itu adalah satu daripada dua cadangan dalam memorandum persatuan itu yang akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selepas sambutan Tahun Baru Cina, bulan depan.

Satu lagi cadangan ialah supaya kerajaan mengekalkan diskaun 50 peratus yang diberikan kepada pengusaha sebelum ini.

“Kami bercadang untuk mengenakan surcaj tol jika kerajaan tidak mahu menerima satu lagi cadangan kami dalam memorandum berkenaan iaitu memberikan semula diskaun tol sebanyak 50 peratus.

“Surcaj tol itu dijangka tidak membebankan pengguna kerana kadarnya bergantung kepada tol yang dilalui dan dibahagikan dalam kalangan penumpang. Ini (surcaj tol) sama seperti yang dikenakan oleh pengusaha teksi.

“Langkah ini lebih adil kepada penumpang kerana hanya mereka yang menaiki bas melalui lebuh raya bertol dikenakan surcaj, manakala penumpang bas melalui lebuh raya tidak bertol, tidak dikenakan,” katanya kepada Berita Harian.


Kepada sesiapa pengguna bas bersedialah keluarkan lebih sikit duit kalo nak blik  kampung....Lepas ni mari pakat ramai2 duduk umah takyah gi mana2. Sakit la mcm ni kalo asyik naik jer tambang bus dah la naik aritu sebab minyak ni naik lagi....Pisang x2.Kalo mcm tu pasni naik flight jer la kan,masa pun jimat..lagi murah cket kot tu pun kena order awal2 kalo nak murah.


No comments:

Post a Comment